Tuesday, January 11, 2011

Kalau belum kahwin, jangan tayang gambar korang dengan boyfriend/girlfriend macam dah kahwin

Makcik dah lama pendam rasa kurang senang yang makcik rasa bila tengok blogger-blogger muda sekarang ni dengan penuh selamba badak upload gambar 'mesra' mereka bersama pacar masing-masing di blog.

Kalau setakat gambar berdua tu, biasa lah. Makcik pun ada. Hehe...

Tapi, kalau dah sampai berpeluk-peluk, berpegang-pegang tangan dan berlaga pipi tu ape kejadahnye anak-anak oi??

Tak sesuai betul la posing korang tu.

Muda bebenar untuk berkahwin... so mesti la korang belum kahwin lagi kan?

Tak malu ke letak gambar macam tu?

Kalau lelaki, mmm selalunya memang mereka tak malu pun! Bangga lagi ada la kan... ada awek cun (cun ke?) dan leh pegang-pegang serta usung ke sana ke mari...

"aku lelaki power ok... ada awek cun sayang kat aku dan ikut je ke mana aku bawa"

Kalau kamu perempuan??? Hilang sudahkah rasa malu kamu tu?

Wahai anak-anak gadisku, ingat lah yang korang tu belum kahwin lagi... tapi dah bagi jantan pegang sana, peluk sini... siap bercium-cium pipi... hai, ntah lah..

Kalau tak sampai ke jinjang pelamin, macam mana? tak rasa kotorkah? Tak malu kah?

Makcik memang old-pesen sikit... so makcik memang tak paham la kenapa nak tayang gambar-gambar macam tu di blog ataupun facebook?

Yang makcik heran tu, orang yang komen pun takde sekor yang nak menegur...

Siap bagi galakan lagi...

"ala sweetnyaa korang"
"The sweetest couple ever!"
"Jelesnya aku tengok korang nih"

Eh...

Betul la makcik tak paham.

Makcik bukan nak kata makcik ni baik sangat. Isy... idak aihhh...

Dulu pakcik kamu pun gatal jugak nak pegang2 tangan makcik kalau dating... Makcik pun gatal jugak cos bagi...

Tapi dalam hati sebenarnya malu... takut dengan Tuhan. Takut kena sambar petir time tu jugak. Tapi iman nipis la katakan... yang makcik dapat buat adalah elak dari merakam/merekod momen-momen dosa itu.

Makcik rasa korang pun hentikanlah amik-amik gambar camtu dan letak kat blog/FB.

Bukan apa... katakan kita ni dah insaf, nak berubah jadi wanita atau lelaki solehah, tapi bukti kita pernah berjahat tu ada... perkara itu akan menghantui sampai ke hujung nyawa. Percayalah.

So, RENTIKANLAH!!!

Mata makcik yang dah sememangnya rabun ni pun takde la sakit.

No comments:

Post a Comment